Tuesday 5 August 2014

Mesyuarat Agong BSMM Cawangan Terengganu

Mesyuarat Agong BSMM Cawangan Negeri Terengganu akan diadakan sebagaimana mana maklumat di bawah:

Tarikh  : 14 Ogos 2014 (Khamis)
Masa   : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Cempaka, Tingkat 8, Menara Permint (MBKT)

Monday 14 July 2014

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya BSMM 2014


Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Bulan Sabit Merah Malaysia 2014 akan disempurnakan oleh YM Tan Sri Tunku Shahriman bin Tunku Sulaiman, Pengerusi Kebangsaan BSMM.

Sunday 29 June 2014

Pengiktirafan BSMM Cawangan Terengganu


Secara rasminya BSMM Cawangan Negeri Terengganu diiktiraf semula apabila Dato' Adzlan bin Mohd Dagang secara rasminya telah ditauliahkan sebagai pengerusi yang baru. Majlis penyerahan Watikah Perlantikan telah diadakan di Ibu Pejabat BSMM Kebangsaan semasa Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini. Dato' Adzlan telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu iaitu Tn. Haji Musa bin Muda. Majlis penyampaian watikah bagi AJK BSMM Cawangan Terengganu dijangka akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

SELAMAT BERPUASA

Sunday 23 March 2014

Majlis Pentauliahan K.Seksyen dan P.K Seksyen 2014

Alhamdulillah

Syukur kerana aktiviti pertama pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Buat pertama kali BSMM Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu mengadakan majlis bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan Ketua Seksyen dan Pen. Ketua Seksyen Belia di sekolah-sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Penyampaian tauliah disempurnakan oleh Pengerusi BSMM Cabang Kuala Terengganu yang baru di lantik iaitu YBhg. En. Badrol Hisham bin Zaki.










Tuesday 11 February 2014

Hasilan Mesyuarat Guru Penasihat Kali Pertama 2014

Pemakaian Uniform di Sekolah

1. Uniform Lengkap No. 2 (Buku Panduan No.5)
2. Vest bersama baju kemeja lengan panjang warna putih dan seluar gelap serta epolet bagi lelaki. 
3. Vest bersama baju kurung warna putih dan berkain gelap serta epolet bagi wanita.
4. Baju alternatif dan berseluar gelap bagi lelaki dan bagi wanita bersama kain putih. Baju hendaklah mengikut format yang ditetapkan.


Aktiviti 2014

1. KURSUS KEPIMPINAN KETUA-KETUA  SEKSYEN
    Tarikh :  18 Mac 2014 (Selasa)
    Tempat : SMK JERAM, Manir

2. KUIZ PENDIDIKAN PALANG/BULAN SABIT MERAH  5- SMA/5-SMR
—    Tarikh :  8 April 2014 (Selasa)
—    Tempat : SMK Sultan Sulaiman / SMK Dato’Razali

3. PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS
—    Tarikh : 19 Ogos 2014 (Selasa)
 —   Tempat : SMK Padang Negara

Semoga mendapat kerjasama dari semua guru penasihat bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang.

Thursday 6 February 2014

Mesyuarat Kali Pertama 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat guru-guru penasihat BSMM Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kuala Terengganu akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut.

Tarikh  : 11 Februari 2014

Tempat : SMK Bukit Tunggal

Masa    : 2.00 petang


Sehubungan dengan itu semua guru penasihat BSMM diminta hadir. Kelancaran aktiviti sepanjang tahun ini bergantung kepada kerjasama dari semua pihak.

Sekian.

Terima kasih

Monday 3 February 2014

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2014 kepada semua ahli BSMM negeri Terengganu.
Kepada guru penasihat yang memerlukan borang pendaftaran ahli sila muat turun di "page" borang.
Maklumat terkini akan di kemas kini dari masa ke semasa. In sha Allah