Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak pengurusan terutamanya Tuan Pengetua SMK Dato' Razali Ismail kerana mengizinkan pihak urusetia BSMM Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu menggunakan dewan SMK Dato' Razali Ismail untuk mengadakan pertandingan kuiz pada kali ini.
Tidak dilupakan semua guru penasihat BSMM semua sekolah di atas kesudian tuan puan menjayakan aktiviti pertama kita pada tahun ini. Pihak urusetia memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang berlangsungnya aktiviti tersebut.
Ahli-ahli BSMM Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Terengganu, tekun menjawab soalan kuiz.
Majlis penutupan rasmi oleh En. Maslan bin Mohamad yang mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah.
Johan Pertandingan Kuiz : SMK Chendering, Kuala Terengganu. TAHNIAH
No comments:
Post a Comment